Wednesday, October 20, 2010

Buat Renungan Kita Semua

Salam, Sama-sama kita renungi apa firman Allah SWT dan sabda Nabi SAW tentang perkara-perkara yang kita selisihkan. Sama-samalah kita renungkan dan ambil iktibar. Semoga kita semua beroleh rahmat daripada Allah SWT. Amin. 

Soalan: Apa yang perlu dilakukan oleh orang beriman jika berlaku perselisihan di dalam sesuatu perkara?


Jawapan 1 : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.Surah An-Nisa : Ayat 59
Jawapan 2: “Tentang sesuatu apa pun kamu berselisih, maka putuskannya (terserah) kepada Allah.”(As-Syuraa : 10)

Soalan : Adakah boleh kurang ajar dengan ibu bapa walaupun jika mereka mensyirikkan Allah? 

Jawapan :“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik.”(Luqman:15). 

Soalan : Apakah perintah Allah kepada anak terhadap orangtuanya?
 

Jawapan 1: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang tua ibu bapaknya..." (QS. Al-Ahqaaf: 15)
Jawapan 2: "Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kami jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: 'Wahai, Rabb-ku, kasihilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.'" (QS. Al-Israa': 23-24)

Soalan : Apakah perkaitan di antara keredhaan/kemurkaan Allah dan keredhaan/kemurkaan Ibu Bapa? 

Jawapan : Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya keredhaanAllah itu berada dalam keredhaan ayah, dan kemurkaan-Nya itu berada pada kemarahan ayah.” (Riwayat Tirmizi dari Abdullah Amru bin al-‘Ash r.a.) 


Soalan : Apakah kesannya kepada kita jika kita tidak berupaya berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup? 

Jawapan: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Sungguh merugi, sungguh merugi, dan sungguh merugi orang yang mendapatkan kedua orang tuanya yang sudah renta (tua)  atau salah seorang dari mereka kemudian hal itu tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga." (HR. Muslim no. 2551, dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)


Soalan : Apa ciri-ciri derhaka kepada kedua ibu bapa? 

Jawapan 1: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Barangsiapa membuat hati orang tua sedih, bererti dia telah derhaka kepadanya.” (Riwayat Bukhari). 

Jawapan 2 : Rasulullah bersabda, “Termasuk perbuatan derhaka seseorang yang membelalakkan matanya karena marah.” (Riwayat Thabrani). 

Soalan : Siapakah yang lebih berhak untuk diperlakukan dengan baik? Ibu atau Bapa? 

Jawapan :Seorang laki-laki pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam: "Siapa yang paling berhak mendapatkan perlakuan baik dariku?" Beliau menjawab: "Ibumu." Laki-laki itu bertanya lagi: "Kemudian siapa lagi?" Beliau kembali menjawab: "Ibumu." Laki-laki itu kembali bertanya: "Lalu siapa lagi?" Beliau kembali menjawab: "Ibumu." Lalu siapa lagi?" tanyanya. "Ayahmu," jawab beliau." (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548) 
Soalan : Apakah yang saya bakal diterima jika saya berlaku baik kepada kedua ibu bapa dan sebaliknya? 
Jawapan : Rasulullah berpesan, “Seorang muslim yang mempunyai kedua orang tua yang muslim, kemudian ia senantiasa berlaku baik kepadanya, maka Allah berkenan membukakan dua pintu surga baginya. Kalau ia memiliki satu orang tua saja, maka ia akan mendapatkan satu pintu surga terbuka. Dan kalau ia membuat kemurkaan kedua orang tua maka Allah tidak ridha kepada-Nya.” Maka ada seorang bertanya, “Walaupun keduanya berlaku zhalim kepadanya?” Jawab Rasulullah, “Ya, sekalipun keduanya menzhaliminya.” (Riwayat Bukhari) 


Soalan: Apakah Hak Ibu dan Bapa terhadap keseluruhan diri anak-anaknya termasuk harta anak-anaknya? 
  
Jawapan1: Dari Aisyah r.a katanya:

"Rasulullah
bersabda, Anak2 kamu adalah kurniaan Allah kepada kamu. DIA mengurniakan anak-anak perempuan dan anak2 lelaki kepada sesiapa yg DIA kehendaki. Oleh itu, mereka dan harta mereka adalah milik kamu jika kamu memerlukannya" [HR al-Hakim, jilid 2, ms 284 dan al-Baihaqi, jilid 7, ms 480] 

Jawapan 2 : Nabi s.a.w. bersabda: “Dirimu dan hartamu adalah milik ayahmu, dan sesungguhnya anak adalah hasil usaha dan perit jerih orang tua yang terbaik. Maka orang tua berhak makan dari hasil usaha anaknya.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah) 

Jawapan 3 : Suatu hari ada seorang laki-laki datang menghadap Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam. Dia bertanya, “Wahai Rasulullah, aku mempunyai harta kekayaan dan anak. Sementara ayahku berkeinginan menguasai harta milikku dalam pembelanjaan. Apakah yang demikian ini benar?” Maka jawab Rasulullah, “Dirimu dan harta kekayaanmu adalah milik orang tuamu.” (Riwayat Ibnu Majah dari Jabir bin Abdillah). 

Jawapan 4 : Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda kepada seorang laki-laki ketika ia berkata: "Ayahku ingin mengambil hartaku." Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Kamu dan hartamu milik ayahmu." (HR. Ahmad, II/204, Abu Dawud no. 3530, dan Ibnu Majah no. 2292, dari Ibnu 'AMr radhiyallahu 'anhu. Hadits ini tertera dalam kitab Shahiihul Jaami no. 1486)
Soalan : Apa hukumnya jika ibu bapa mengambil semula pemberian yang pernah diberikan kepada anaknya? 

Jawapan : Ibu bapa juga berhak mengambil kembali sesuatu yang pernah diberikannya kepada  anaknya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak dihalalkan bagi seseorang yang telah  memberikan sesuatu kepada orang lain, untuk mengambil kembali pemberiannya itu. Perumpamaan orang yang berbuat demikian ialah seperti anjing yang memuntahkan isi perutnya setelah terlalu kenyang, kemudian ketika lapar ia menjilat kembali muntahnya itu. Kecuali (yang boleh berbuat demikian) seorang bapa yang telah memberikan sesuatu kepada anaknya. Ia berhak mengambil kembali pemberiannya.” (Riwayat Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah, Baihaqi dan Abu Daud) 

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment